| |
|
Sunday, November 9, 2008 |
|
SSH client
|
| waahh... arini aku belajar psl SSH client.. salah satu SSH client ni adalah PuTTy.. ia adalah hasil dari implimentasi daripada Telnet dan SSH untuk platform Win32 dan Unix.. Sape2 nk try PuTTY ni bleh la download melalui link ni.. PuTTY download. |
posted by
Mohd Azmin Abu Bakar @ 3:28 AM
 |
|
|
|
|
Thursday, October 16, 2008 |
|
KEJAM
|
Waa... sungguh la kejam si peternak ayam tu.. sampai ati dia memukul kepala ayam itu.. huhu.. aku mengetahui cerita tentang kekejaman ini melalui enche asanrivas. Hope dekat msia xde kejadian seperti ini berlaku.. haish, sadis sungguh! |
posted by
Mohd Azmin Abu Bakar @ 12:37 PM
 |
|
|
|
|
Tuesday, October 14, 2008 |
|
Update
|
| Haha... sungguh siot enchik asanrivas, orang raye sebulan la weh.. raye taun ni agak la best dari taun-taun lepas.. maklum la, aku baru jerk bape bulan kerja, so kene la kasi duit raye kat budak2.. sekian.. wassalam.. |
posted by
Mohd Azmin Abu Bakar @ 11:46 AM
 |
|
|
|
|
Friday, September 26, 2008 |
|
Salam Aidifitri
|
 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!Labels: Raya |
posted by
Mohd Azmin Abu Bakar @ 11:15 AM
 |
|
|
|
|
Wednesday, September 24, 2008 |
|
Kad Raya
|
Hahaha... aku rase teruja la pulak nak tulis entry pasal kad raya lepas aku bace entry encik curseshadow. Di dalam kenyataan beliau, beliau menyatakan seolah-olah beliaulah seorang maskulin sejati setelah menerima beberapa keping kad raya dari UTeM dan cik Chika berserta penghantar gambar konvo!
Untuk pengetahuan encik curseshadow, aku pun dapat kad raya juga, haaha.... empat keping lagi.. first skali yang anta kad kat aku sudah semestinya lah alumni UTeM, second awek, third dr seorang jejaka china yang pandai bermain muzik, fourth aku beli sendri kat mydin. haha..
Amacam encik curseshadow? ape kate kite bet, sape banyak dapat kad, dia menang..Labels: juara, kad raya |
posted by
Mohd Azmin Abu Bakar @ 3:35 AM
 |
|
|
|
|
Tuesday, September 23, 2008 |
|
Email Error: SMTP Error: Could not connect to SMTP host.
|
 Haish... camne nk wat nieh.. sape2 yang tau camne nk configure mail server guna mercury bleh post comment. Aplikasi yang aku tengah buat ni menggunakan zencart 1.38, run dekat localhost, mail server dia pki mercury. Xpun, boleh x klu aku nk guna external SMTP mail server? dan cara2 untuk setup kat admin site zencart.
 Labels: mail servers, zencart |
posted by
Mohd Azmin Abu Bakar @ 12:36 PM
 |
|
|
|
|
Sunday, September 21, 2008 |
|
Raya! Raya! Raya!
|
Pertama sekali aku ingin ucapkan selamat hari raya kepada seluruh umah Islam di seluruh dunia secara am dan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya.. Aku berasa syukur kehadrat illahi kerana aku masih lg berpeluang untuk menjalankan ibadah puasa pada tahun ini walaupun negara kita sekarang masih lagi bergolak mengenai politik yang entah ape-ape.
Bulan ramadhan ini aku berasa agak hambar kerana sudah lebih kurang 5 tahun aku berpuasa di negeri orang. Cahaya-cahaya pelita juga aku tidak kelihatan. Lainlah kalau di kampung, sungguh meriah dengan lampu-lampu pelita, panjut, serta lampu kelip-kelip pelbagai warna... huhu..
Persiapan tahun ini juga agak hambar, mungkin banyak menda aku perlu settlekan termasuk bayar duit kereta, downpayment kereta, duit konvo, duit makan, dan macam2 lagi duit yang aku tidak tahu kemana perginya.. Tapi xpe, balik kampung ni aku harap dapat shopping untuk beli baju raya for my family. Aku juga mahu membawa bapa aku untuk ke hospital kerana sejak kebelakangan ini kesihatannnya agak kurang memberangsangkan.
Raya, sudah lama agaknya aku tidak beraya ke rumah kawan-kawanku di Ipoh. Mungkin tahun ini aku akan beraya ke rumah mereka semua.
Mase aku kecik2 dulu, malam2 pose aku selalu main aci nyorok dengan kawan-kawan, main mercun, dan macam2 laggi menda bodoh yang aku buat. haha.. Termasuklah membuat bising di masjid semasa mengambil moreh lepas sembahyang terawikh.
Adus!! balik raya ni sure highway sesak. Tahun lepas, masuk jerk jalan duta trus jam sampai ke Tapah.. Cuba bayangkan, dari jln Duta nk ke Tapah mengambil masa 4 jam.. Tahun ni pula aku nk kena amek adik aku plak kat Alor Gajah dengan UIA gomak.. Adus, agak malas aku nk drive ikut jalan Pahang tu.. Jam!
Hope raya ni meriah! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir BatinLabels: kampung, kawan, Raya |
posted by
Mohd Azmin Abu Bakar @ 5:19 AM
 |
|
|
|
|
|